Showing posts with label TERNAK. Show all posts
Showing posts with label TERNAK. Show all posts

Monday, February 1, 2010

PETIKAN KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN 31/1/2010


Berhenti juruteknik jadi penternak

LUI MUDA – “Ini bukan kejayaan sebenar saya, tetapi bermula daripada minat dan tidak berkira jika menghadapi kesukaran, saya boleh melaksanakan pekerjaan ini menjadi pembekal daging dan baka kambing boer kepada pelanggan,” kata penternak kambing berjaya, Noor Ismam A Rahman, 26, kepada Sinar Harian, dekat sini.

Ungkapan generasi kedua Felda itu jelas menunjukkan penternak tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri tidak boleh diterima dipakai kerana bukti kejayaan Noor Ismam dapat memadamkan ungkapan terbabit.

Tinjauan Sinar Harian ke lokasi ternakan kambing itu di tengah ladang kelapa sawit memperlihatkan kesungguhan anak muda ini sanggup berhenti kerja sebagai juruteknik sistem komputer di Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan bergelumang dengan kerjayanya sekarang.

“Selepas berhenti kerja pada 2008, saya mula menternak kambing bermula 30 ekor dahulu. Sebelum itu, saya hanya mempelajari cara dan kaedah menternak kambing dengan inisiatif sendiri.

“Kemudian, saya mendapatkan bantuan Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebanyak RM100,000 untuk menjalankan ternakan ini.

“Saya akui sukar bergelar penternak, tetapi selepas dua tahun setengah saya berjaya menghasilkan 150 ekor kambing,” katanya.

Noor Ismam berkata, sebelum mendapat peruntukan dan bantuan daripada sebarang pihak, dia mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM50,000 sebagai modal permulaan penternakannya.
Welcome

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP ANJURAN PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA LUI MUDA 2009

PENGENALAN

Kertas kerja ini disediakan adalah untuk merancang dan melaksanakan program Pertandingan Badminton Tertutup Persatuan Belia Felda Lui Muda. Program ini juga merupakan salah satu daripada agenda Persatuan Belia Felda Lui Muda dalam usaha untuk membantu belia-belia Felda Lui Muda lebih akif dalam sukan dan mengerat hubungan diantara ahli Persatuan Belia Felda Lui Muda disamping mendedahkan kepada mereka tentang kepentingan gaya hidup sihat dan dapat menjaga kesihatan.

OBJEKTIF

Melalui program yang dirancang oleh Persatuan Belia Felda Lui Muda ini mempunyai beberapa objektif dan misi yang tersendiri supaya ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Antara berikut beberapa objektif yang telah dikenalpasti :-

Memupuk semangat setiakawan dikalangan belia dalam perlaksanaan program ini.

Membina keyakinan diri dalam menyahut apa jua cabaran dan sebarang kemungkinan yang berlaku semasa program ini dilaksanakan.

Memupuk semangat bekerjasama diantara warga belia ketika melaksanakan aktiviti ini.

Mendedahkan kepada belia tentang cara memimpin dan menguruskan sesuatu aktiviti disamping dapat menimba pengalaman baru yang jarang sekali dirasa oleh masyarakat umum.

Bertanggungjawab merealisasikan aktiviti ini dikalangan generasi belia kerana ianya memberikan banyak manfaat dan faedah.

BUTIR-BUTIR PROGRAM

Nama Program : Program Pertandingan Badminton Tertutup Tahun 2009

Tarikh / Tempoh : 8 dan 9 OGOS 2009

Tempat : Dewan Serbaguna Felda Lui Muda

PENUTUP

Dengan adanya program seperti ini diharapkan semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang padu bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan objektif yang sebenar serta dapat menjaga nama baik belia. Jesteru, diharapkan agar segala objektif yang telah diatur dan nilai-nilai murni yang cuba diserapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

KOMEN ANDA