Thursday, March 19, 2015

SESI PENILAIAN ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SEMBILAN 2015

PERSIAPAN SEBELUM ANUGERAH



SESI PEMBENTANGAN

NYANYIAN LAGU NEGARAKU & SEMAI BAKTI

MENUNGGU KEHADIRAN PENILAI ANUGERAH

KERATAN AKHBAR

PERTANDINGAN MEMASAK MENU KESIHATAN SEMPENA PROGRAM COMBI








KURSUS PRA PERKAHWINAN ISLAM






KEJOHANAN MINI BALAPAN & PADANG SERTA KARNIVAL SUKAN RAKYAT



ANUGERAH PENARAFAN 5 BINTANG PERTUBUHAN BELIA 2013




MISI KEMANUSIAAN PASCA BANJIR DI DAERAH BERA & TEMERLOH






SEJARAH PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA LUI MUDA


Persatuan Belia Felda Lui Muda ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang mula dicetuskan secara tidak rasmi oleh generasi kedua pada tahun 2007. Digerakkan sebagai pemangkin kepada generasi-generasi belia untuk menyatukan golongan belia bagi mengadakan aktiviti di kawasan perkampungan Felda Lui Muda.

  Persatuan Belia Felda Lui Muda didaftar secara sah pada 31 hb Julai 2008 dan mendapat sijil pendaftaran daripada pendaftar dengan nombor bilangan pendaftaran PPBM 0008 – 0369/08 yang beralamat Pejabat Felda Lui Muda, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus.

  Bagi merealisasikan hasrat sebuah persatuan belia yang aktif, jawatankuasa persatuan belia berusaha mendapatkan peluang-peluang dan merencana segala aktiviti masa hadapan serta menjana kekuatan sumber manusia, ekonomi, daya intelektual serta kreativiti.

  Persatuan Belia Felda Lui Muda merupakan ahli dalam gabungan Majlis Belia Felda Malaysia bermula dari tahun 2013. Bermula pada tahun 2013, Persatuan Belia Felda Lui Muda telah didaftarkan di bawah ROY dan telah diubah nama kepada Persatuan Belia (MBFM) Lui Muda dengan no Pendaftaran PPBM 0004 – 0369/08. Justeru itu, persatuan ini sentiasa menyokong penuh serta sering menyertai program yang dijalankan oleh Pejabat Belia & Sukan Daerah Jempol,  Majlis Belia Felda Wilayah Raja Alias & Majlis Belia Felda Malaysia.

Tuesday, July 27, 2010

Felda Jawab Status Pinjaman

SUNGAI LUI – Penantian tiga tahun bagi 16 peneroka tanah rancangan Felda Lui Muda mengenai status permohonan pinjaman untuk tujuan pembesaran rumah akhirnya menemui jawapan. 

Pengurus Felda Lui Muda, Mohamad Nasir Nordin berkata, pihak pengurusan bersimpati dengan luahan :peneroka dan sentiasa memberi kerjasama menyelesaikan masalah :serta tidak pernah mengamalkan sikap pilih kasih. 

Menurutnya, semua permohonan dihantar ke peringkat Wilayah Felda, kemudian diserahkan ke Ibu Pejabat Felda dan kini dalam proses pemilihan melalui panel berkenaan. 

“Diharap semua pemohon terlibat dapat bersabar sedikit masa lagi dan sentiasa berhubung dengan pihak pengurusan sekiranya terdapat masalah. 

“Felda akan membuat kutipan melalui potongan ‘paysheet’ ataupun tunai bagi semua pinjaman diluluskan supaya membuka peluang kepada pemohon baru sebagai dana pusingan,” katanya. 

Nasir berkata, kemudahan pinjaman pembesaran perumahan untuk peneroka Felda dilancarkan pada 2005 bertujuan mengelakkan rumah mereka dalam bentuk asal semasa mula-mula diduduki. 

Menurutnya, sehingga Februari lalu, bilangan peneroka Felda Lui Muda yang memohon seramai 113 orang daripada 213 peneroka dan sebanyak 90 orang atau 42.2 peratus diluluskan bernilai RM2.66 juta. 

“Pengurusan Felda sentiasa prihatin dan berusaha sedaya upaya melaksanakan gagasan Perdana Menteri dalam mewujudkan suasana kondusif dan selesa kepada semua warga komuniti khususnya dalam kalangan masyarakat Felda sendiri,” katanya. 

Sinar Harian pada 13 Mac lalu melaporkan seramai 16 peneroka tertanya-tanya mengenai status permohonan pinjaman untuk tujuan perumahan yang dibuat sejak tiga tahun lalu sehingga kini belum ada sebarang jawapan. 

Mereka turut mendakwa, masalah itu menyebabkan sebahagian mereka berasa seolah-olah layanan diberikan terhadap peneroka rancangan sekitar kawasan itu tidak sama rata. 

Sementara itu, Ketua Blok 2A, Peringkat Rancangan Felda Lui Muda, Abd Wahab Long, 55, berkata, beliau dan 15 rakannya yang lain membuat permohonan tersebut kepada Felda pada Disember 2007 tetapi sehingga kini masih tiada jawapan. 

Menurutnya, usaha mendapatkan jawapan permohonan itu diteruskan sehingga ke Ibu Pejabat Felda, di Kuala Lumpur, malangnya jawapan diberi tidak boleh diterima mereka. 

Ketidakpuasan mereka semakin memuncak apabila mendapati Skim Pinjaman Baru 2010 menyaksikan pinjaman antara 20 hingga 30 keluarga dari tanah rancangan bersebelahan diluluskan.

Sumber : Sinar Harian Online Edisi Negeri Sembilan & Melaka

Friday, July 9, 2010

MODEL EKONOMI BARU UNTUK MALAYSIA


Malaysia telah sampai ke saat penentuan dalam landasan pembangunannya. Wawasan 2020 tidak mungkin dapat dicapai tanpa transformasi ekonomi, sosial dan kerajaan. Untuk menggerakkan negara ke hadapan, Kerajaan telah merumuskan satu rangka kerja yang mengandungi empat tonggak bagi mendorong perubahan. Model Ekonomi Baru (MEB) yang hendak dicapai melalui Program Transformasi Ekonomi (PTE) merupakan satu tonggak utama yang akan melonjakkan Malaysia ke arah status negara maju sejajar dengan matlamat Wawasan 2020. PTE akan dipandu oleh lapan Inisiatif Pembaharuan Strategik (IPS) yang akan menjadi asas bagi langkah dasar yang relevan.Negara Dua tonggak yang lain telah pun dilancarkan. Tonggak ini ialah konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan untuk menyatupadukan semua rakyat Malaysia bagi menghadapi cabaran yang mendatang dan Program Transformasi Kerajaan (PTK) untuk memantapkan perkhidmatan awam dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (National Key Result Areas, NKRA). Tonggak terakhir ialah Rancgan Malaysia Kesepuluh 2011-2015 yang akan diumumkan nanti pada tahun ini.
RISALAH Model Ekonomi Baru
Anda boleh muat turun salinan risalah Model Ekonomi Baru anda di sini:
Welcome

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP ANJURAN PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA LUI MUDA 2009

PENGENALAN

Kertas kerja ini disediakan adalah untuk merancang dan melaksanakan program Pertandingan Badminton Tertutup Persatuan Belia Felda Lui Muda. Program ini juga merupakan salah satu daripada agenda Persatuan Belia Felda Lui Muda dalam usaha untuk membantu belia-belia Felda Lui Muda lebih akif dalam sukan dan mengerat hubungan diantara ahli Persatuan Belia Felda Lui Muda disamping mendedahkan kepada mereka tentang kepentingan gaya hidup sihat dan dapat menjaga kesihatan.

OBJEKTIF

Melalui program yang dirancang oleh Persatuan Belia Felda Lui Muda ini mempunyai beberapa objektif dan misi yang tersendiri supaya ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Antara berikut beberapa objektif yang telah dikenalpasti :-

Memupuk semangat setiakawan dikalangan belia dalam perlaksanaan program ini.

Membina keyakinan diri dalam menyahut apa jua cabaran dan sebarang kemungkinan yang berlaku semasa program ini dilaksanakan.

Memupuk semangat bekerjasama diantara warga belia ketika melaksanakan aktiviti ini.

Mendedahkan kepada belia tentang cara memimpin dan menguruskan sesuatu aktiviti disamping dapat menimba pengalaman baru yang jarang sekali dirasa oleh masyarakat umum.

Bertanggungjawab merealisasikan aktiviti ini dikalangan generasi belia kerana ianya memberikan banyak manfaat dan faedah.

BUTIR-BUTIR PROGRAM

Nama Program : Program Pertandingan Badminton Tertutup Tahun 2009

Tarikh / Tempoh : 8 dan 9 OGOS 2009

Tempat : Dewan Serbaguna Felda Lui Muda

PENUTUP

Dengan adanya program seperti ini diharapkan semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang padu bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan objektif yang sebenar serta dapat menjaga nama baik belia. Jesteru, diharapkan agar segala objektif yang telah diatur dan nilai-nilai murni yang cuba diserapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

KOMEN ANDA