Thursday, March 19, 2015

SEJARAH PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA LUI MUDA


Persatuan Belia Felda Lui Muda ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), yang mula dicetuskan secara tidak rasmi oleh generasi kedua pada tahun 2007. Digerakkan sebagai pemangkin kepada generasi-generasi belia untuk menyatukan golongan belia bagi mengadakan aktiviti di kawasan perkampungan Felda Lui Muda.

  Persatuan Belia Felda Lui Muda didaftar secara sah pada 31 hb Julai 2008 dan mendapat sijil pendaftaran daripada pendaftar dengan nombor bilangan pendaftaran PPBM 0008 – 0369/08 yang beralamat Pejabat Felda Lui Muda, 72120 Bandar Seri Jempol, Negeri Sembilan Darul Khusus.

  Bagi merealisasikan hasrat sebuah persatuan belia yang aktif, jawatankuasa persatuan belia berusaha mendapatkan peluang-peluang dan merencana segala aktiviti masa hadapan serta menjana kekuatan sumber manusia, ekonomi, daya intelektual serta kreativiti.

  Persatuan Belia Felda Lui Muda merupakan ahli dalam gabungan Majlis Belia Felda Malaysia bermula dari tahun 2013. Bermula pada tahun 2013, Persatuan Belia Felda Lui Muda telah didaftarkan di bawah ROY dan telah diubah nama kepada Persatuan Belia (MBFM) Lui Muda dengan no Pendaftaran PPBM 0004 – 0369/08. Justeru itu, persatuan ini sentiasa menyokong penuh serta sering menyertai program yang dijalankan oleh Pejabat Belia & Sukan Daerah Jempol,  Majlis Belia Felda Wilayah Raja Alias & Majlis Belia Felda Malaysia.

No comments:

Post a Comment

Welcome

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP ANJURAN PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA LUI MUDA 2009

PENGENALAN

Kertas kerja ini disediakan adalah untuk merancang dan melaksanakan program Pertandingan Badminton Tertutup Persatuan Belia Felda Lui Muda. Program ini juga merupakan salah satu daripada agenda Persatuan Belia Felda Lui Muda dalam usaha untuk membantu belia-belia Felda Lui Muda lebih akif dalam sukan dan mengerat hubungan diantara ahli Persatuan Belia Felda Lui Muda disamping mendedahkan kepada mereka tentang kepentingan gaya hidup sihat dan dapat menjaga kesihatan.

OBJEKTIF

Melalui program yang dirancang oleh Persatuan Belia Felda Lui Muda ini mempunyai beberapa objektif dan misi yang tersendiri supaya ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Antara berikut beberapa objektif yang telah dikenalpasti :-

Memupuk semangat setiakawan dikalangan belia dalam perlaksanaan program ini.

Membina keyakinan diri dalam menyahut apa jua cabaran dan sebarang kemungkinan yang berlaku semasa program ini dilaksanakan.

Memupuk semangat bekerjasama diantara warga belia ketika melaksanakan aktiviti ini.

Mendedahkan kepada belia tentang cara memimpin dan menguruskan sesuatu aktiviti disamping dapat menimba pengalaman baru yang jarang sekali dirasa oleh masyarakat umum.

Bertanggungjawab merealisasikan aktiviti ini dikalangan generasi belia kerana ianya memberikan banyak manfaat dan faedah.

BUTIR-BUTIR PROGRAM

Nama Program : Program Pertandingan Badminton Tertutup Tahun 2009

Tarikh / Tempoh : 8 dan 9 OGOS 2009

Tempat : Dewan Serbaguna Felda Lui Muda

PENUTUP

Dengan adanya program seperti ini diharapkan semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang padu bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan objektif yang sebenar serta dapat menjaga nama baik belia. Jesteru, diharapkan agar segala objektif yang telah diatur dan nilai-nilai murni yang cuba diserapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

KOMEN ANDA