Thursday, February 25, 2010

MBFM sebar maklumat, peranan Felda (Petikan Berita Harian 25/02/2010)


 KUALA LUMPUR: Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) akan menjadi ejen untuk memberi penerangan dan maklumat lengkap mengenai Felda bagi memastikan tiada pihak yang cuba memecahbelahkan golongan muda membabitkan generasi kedua dan ketiga Felda di negara ini.

Presidennya, Anuar Abd Manaf berkata, ramai yang tidak memahami mengenai dasar serta peranan Felda dan MBFM khuatir ada pihak yang memberi penerangan salah mengenai agensi berkenaan.

Sebagai contoh, beliau berkata, kewujudan Persatuan Anak Peneroka (Anak) yang didakwa ditubuhkan secara haram untuk mewakili generasi muda di tanah rancangan, dilihat pihaknya cuba untuk memesongkan pemikiran generasi muda dengan kenyataan yang boleh mengelirukan mengenai Felda.



“Kita tidak mahu persatuan ini terus menerus melakukan perpecahan. Kita mengutuk dan membantah sekeras-kerasnya sebarang gerakan memecahbelahkan perpaduan dan usaha mengancam keharmonian warga Felda melalui manipulasi fitnah dan penyongsangan fakta oleh Anak,” katanya pada sidang media dan penyerahan memorandum `Riben Jingga’ kepada Pengarah Besar Felda, Datuk Dzulkifli Abdul Wahab, di sini, semalam.

Anuar berkata, jika dulu hanya pengerusi persatuan belia yang boleh menyertai mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Kemajuan Rancangan (JKKR), tetapi sejak tahun lalu, Felda membenarkan lima lagi wakil MBFM menyertai mesyuarat untuk menyampaikan hasrat dan suara orang muda.

No comments:

Post a Comment

Welcome

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP ANJURAN PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA LUI MUDA 2009

PENGENALAN

Kertas kerja ini disediakan adalah untuk merancang dan melaksanakan program Pertandingan Badminton Tertutup Persatuan Belia Felda Lui Muda. Program ini juga merupakan salah satu daripada agenda Persatuan Belia Felda Lui Muda dalam usaha untuk membantu belia-belia Felda Lui Muda lebih akif dalam sukan dan mengerat hubungan diantara ahli Persatuan Belia Felda Lui Muda disamping mendedahkan kepada mereka tentang kepentingan gaya hidup sihat dan dapat menjaga kesihatan.

OBJEKTIF

Melalui program yang dirancang oleh Persatuan Belia Felda Lui Muda ini mempunyai beberapa objektif dan misi yang tersendiri supaya ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Antara berikut beberapa objektif yang telah dikenalpasti :-

Memupuk semangat setiakawan dikalangan belia dalam perlaksanaan program ini.

Membina keyakinan diri dalam menyahut apa jua cabaran dan sebarang kemungkinan yang berlaku semasa program ini dilaksanakan.

Memupuk semangat bekerjasama diantara warga belia ketika melaksanakan aktiviti ini.

Mendedahkan kepada belia tentang cara memimpin dan menguruskan sesuatu aktiviti disamping dapat menimba pengalaman baru yang jarang sekali dirasa oleh masyarakat umum.

Bertanggungjawab merealisasikan aktiviti ini dikalangan generasi belia kerana ianya memberikan banyak manfaat dan faedah.

BUTIR-BUTIR PROGRAM

Nama Program : Program Pertandingan Badminton Tertutup Tahun 2009

Tarikh / Tempoh : 8 dan 9 OGOS 2009

Tempat : Dewan Serbaguna Felda Lui Muda

PENUTUP

Dengan adanya program seperti ini diharapkan semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang padu bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan objektif yang sebenar serta dapat menjaga nama baik belia. Jesteru, diharapkan agar segala objektif yang telah diatur dan nilai-nilai murni yang cuba diserapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

KOMEN ANDA