Tuesday, June 29, 2010

Sikap Melayu membimbangkan


Oleh ZULKIFLI JALIL pengarang@utusan.com.my

PUTRAJAYA 21 Jun – Seorang menteri kanan hari ini membangkitkan kebimbangan berhubung sikap sebilangan besar orang Melayu yang tidak ambil peduli tentang kepentingan mendaftar sebagai pengundi apabila mencapai usia 21 tahun atau lebih. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim menegaskan, padahal mendaftar sebagai pengundi hanya mengambil masa kurang dari 15 minit. Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO turut menarik perhatian bahawa sekitar 500,000 ahli parti itu sendiri belum dipastikan sebagai pengundi berdaftar pada masa ini. Sedangkan, kata beliau, realitinya politik masa depan Malaysia banyak Bergantung kepada orang Melayu lantaran bilangan mereka sudah melebihi 54 peratus. ‘‘Secara keseluruhannya orang Melayu tidak ambil pusing sangat. Dalam Pas keadaannya lebih baik kerana anggotanya menunjukkan menambah pengundi di kawasan masing-masing. ‘‘Bilangan orang Melayu sudah melebihi 54 peratus tetapi malangnya mereka berpecah kepada UMNO, Pas dan PKR. Dalam aluran ini, Melayu kena wajib berfikir secara lantas kalau terus mahu mengepalai pimpinan kerajaan di negara ini,” kata beliau kepada Utusan Malaysia hari ini. Baru-baru ini, Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata, kira-kira 28 peratus atau 4.39 juta penduduk negara ini yang berusia lebih 21 tahun dan layak bergelar pengundi masih belum mendaftar sebagai pemilih sehingga akhir tahun lalu, dengan 65 peratus daripada mereka adalah bumiputera. Ketika ini sejumlah 11 juta pemilih pendaftar telah disahkan oleh SPR. Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada 2007 pernah mengingatkan bahawa kegagalan kira-kira 4 juta rakyat Malaysia mendaftar sebagai pengundi secara langsung telah menafikan hak mereka untuk terlibat dalam proses demokrasi negara. Perkara itu, tegas Najib, tidak seharusnya berlaku kerana hak mengundi adalah satu keistimewaan yang diberikan oleh Perlembagaan negara dan semua rakyat wajar menggunakan hak tersebut dengan sebaik-baiknya. Justeru, kata beliau, sesuatu tindakan perlu dilakukan dengan segera supaya golongan terbabit tidak ketinggalan untuk turut sama mencorak kerajaan serta menentukan parti yang bakal memerintah pada pilihan raya umum akan datang.

No comments:

Post a Comment

Welcome

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP ANJURAN PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA LUI MUDA 2009

PENGENALAN

Kertas kerja ini disediakan adalah untuk merancang dan melaksanakan program Pertandingan Badminton Tertutup Persatuan Belia Felda Lui Muda. Program ini juga merupakan salah satu daripada agenda Persatuan Belia Felda Lui Muda dalam usaha untuk membantu belia-belia Felda Lui Muda lebih akif dalam sukan dan mengerat hubungan diantara ahli Persatuan Belia Felda Lui Muda disamping mendedahkan kepada mereka tentang kepentingan gaya hidup sihat dan dapat menjaga kesihatan.

OBJEKTIF

Melalui program yang dirancang oleh Persatuan Belia Felda Lui Muda ini mempunyai beberapa objektif dan misi yang tersendiri supaya ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Antara berikut beberapa objektif yang telah dikenalpasti :-

Memupuk semangat setiakawan dikalangan belia dalam perlaksanaan program ini.

Membina keyakinan diri dalam menyahut apa jua cabaran dan sebarang kemungkinan yang berlaku semasa program ini dilaksanakan.

Memupuk semangat bekerjasama diantara warga belia ketika melaksanakan aktiviti ini.

Mendedahkan kepada belia tentang cara memimpin dan menguruskan sesuatu aktiviti disamping dapat menimba pengalaman baru yang jarang sekali dirasa oleh masyarakat umum.

Bertanggungjawab merealisasikan aktiviti ini dikalangan generasi belia kerana ianya memberikan banyak manfaat dan faedah.

BUTIR-BUTIR PROGRAM

Nama Program : Program Pertandingan Badminton Tertutup Tahun 2009

Tarikh / Tempoh : 8 dan 9 OGOS 2009

Tempat : Dewan Serbaguna Felda Lui Muda

PENUTUP

Dengan adanya program seperti ini diharapkan semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang padu bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan objektif yang sebenar serta dapat menjaga nama baik belia. Jesteru, diharapkan agar segala objektif yang telah diatur dan nilai-nilai murni yang cuba diserapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

KOMEN ANDA