
Wednesday, December 9, 2009
Karnival Rakan Muda Felda sektor Tanah peringkat Wilayah Raja Alias

Friday, November 13, 2009
Belia Hari Ini, Pemimpin Di Hari Esok
Belia merupakan kelompok masyarakat yang penting. Ini kerana mereka adalah pencorak generasi dan masyarakat akan datang. Keadaan masyarakat akan datang bergantung pada keadaan dan pembinaan belia hari ini. Jika keadaan belia hari ini baik dan pembinaannya sempurna, maka besarlah kemungkinan masyarakat di masa akan datang akan juga menjadi baik dan begitulah sebaliknya.
Bahkan, sejarah menunjukkan bahawa belia bukan sahaja bermanfaat di hari muka tetapi juga berpotensi untuk memainkan peranan yang bermakna semasa umur belia dan muda.
Sejarah Islam banyak mengemukakan contoh-contoh belia yang memainkan peranan penting semasa umur belia lagi. Antara mereka ini ialah Ali b Abi Talib yang pada umur 10 tahun berani tidur di tempat tidur Rasulullah s.a.w untuk menipu orang kafir agar Rasulullah s.a.w dapat berhijrah, Usamah b Zaid yang pada umur 18 tahun dilantik untuk memimpin tentera Islam menentang tentera Rom, Abdullah b. Abbas yang menjadi tokoh dalam bidang tafsir pada usia muda, Imam Asy-Syafi`i yang menjadi tokoh Fiqh pada usia belia dan Muhammad Al-Fatih yang pada umur mudanya menawan Konstantinopel.
Al-Quran sendiri turut merakam kisah Ashabul Kahfi (Penghuni Gua), belia-belia yang dipuji oleh Allah taala dengan firmanNya
“Mereka itu adalah pemuda yang beriman pada Tuhan mereka dan Kami tambah pada mereka petunjuk.” (Al-Kahfi : 13)
Baca lagi........
Tuesday, November 3, 2009
NEGERI SEMBILAN PASTI BOLEH DALAM PERLAWANAN BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA 2009
Kelantan vs NEGERI SEMBILAN. (7.11.2009) |
![]() YA ALLAH YA TUHANKU.. BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA TEAM KESAYANGAN NEGERI KAMI INI. SUDAH TERLALU LAMA KAMI MENANTI PIALA MALAYSIA INI KEMBALI KE NEGERI SEMBILAN NEGERI ADAT PERPATIH. AMINN... |
NEGERI SEMBILAN MENANG 3 - 1 |
Tuesday, October 20, 2009
SLOGAN TIADA ALASAN

Slogan TIADA ALASAN! merupakan slogan yang diperkenalkan bagi menggalakkan masyarakat Malaysia agar sentiasa mengamalkan gaya hidup yang cergas dan sihat sepanjang hayat. Pelbagai alasan yang sering kita dengar mengenai Tiadanya Ruang dan Tiadanya Peluang seseorang di dalam melakukan aktiviti – aktiviti kecergasan, sedangkan mereka mampu untuk melakukannya. Berteraskan konsep ‘Sukan Untuk Semua’, ‘Malaysia Cergas’ dan ‘Ke Arah Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu’, slogan ini bertujuan sebagai penyokong kepada konsep tersebut bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya sukan serta sentiasa mengamalkan aktiviti kecergasan di dalam kehidupan seharian mereka.
OBJEKTIF SLOGAN TIADA ALASAN!
- Mempromosikan amalan gaya hidup cergas dan sihat sepanjang masa di kalangan masyarakat Malaysia.
- Menggalakkan penerimaan dan pengamalan program kecergasan dan kesihatan sebagai salah satu budaya di dalam kehidupan seharian.
- Memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk terlibat di dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
- Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan melakukan aktiviti kecergasan.
- Memupuk semangat cintakan negara melalui aktiviti kecergasan agar menjadi rakyat yang cergas dan sihat.
- Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan kualiti kehidupan masyarakat Malaysia melalui aktiviti yang berteraskan kecergasan.
Oleh yang demikian, berkonsepkan penyertaan ramai dan penyertaan aktif masyarakat di dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan adalah sangat diharapkan. Melalui slogan ini, ianya sedikit sebanyak akan dapat menyumbang kepada penglibatan masyarakat di dalam menghayati akan peri pentingnya mengamalkan gaya hidup cergas dan sihat.
Slogan ini perlu diberi perhatian yang serius oleh setiap lapisan masyarakat agar sentiasa mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai aspek kecergasan. Memang tidak dapat dinafikan, dengan adanya rakyat yang cergas dan sihat dari segi mental dan fizikal akan mampu membangunkan negara dan seterusnya dapat mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara pada masa kini dan selamanya.
Slogan TIADA ALASAN! diharap dapat meningkatkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti – aktiviti sukan dan kecergasan yang seterusnya akan menjadi salah satu penyumbang kepada pencapaian Wawasan Negara untuk melahirkan Masyarakat Malaysia yang Cergas, Sihat dan Bersatu serta menuju Negara Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
Friday, August 28, 2009
RAJA- RAJA MELAYU SIMBOL PERPADUAN
Institusi Raja dikekalkan dan dimaktubkan secara perundangan dalam Perlembagaan Malaysia Merdeka. Institusi Raja diberikan kemuliaan, ditempatkan di puncak kerajaan, sebagai Ketua Negara dan Ketua Negeri, laksana payung pelindung, menjamin berlakunya kesaksamaan dalam kalangan rakyat.
Raja- Raja Melayu mempunyai peranan perlembagaan untuk melindungi keistimewaan, kedudukan, kemuliaan dan kebesaran Raja- Raja Melayu, melindungi agama Islam, bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan kepentingan sah kaum- kaum lain di Malaysia.
Thursday, August 13, 2009
JOHOR: 951 AKTIVITI DILAKSANAKAN UNTUK 500,000 BELIA FELDA - Sumber Berita Harian
SEGAMAT: Kira-kira 500,000 generasi belia Felda dijangka akan terbabit dalam 951 aktiviti yang bakal dilaksanakan di 317 kawasan tanah rancangan itu di seluruh negara melalui Program Rakan Muda Sektor Kawasan Kemajuan Tanah akan dilaksanakan tidak lama lagi.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata, perancangan dan pelaksanaan program itu adalah selaras dengan hasrat kementerian berkaitan pembangunan modal insan di Felda ke arah membantu melahirkan generasi muda yang berdaya saing dan berketerampilan.
Katanya, selain pembabitan terus dalam Program Rakan Muda, generasi belia Felda juga dapat menimba pengetahuan, berinteraksi dan diberi pendedahan dalam kegiatan kemasyarakatan serta kegiatan yang berfaedah. "Ia bertepatan dengan dasar kerajaan untuk melahirkan belia yang bersatu padu, berilmu, berketerampilan, patrotik, berkemahiran, bersemangat sukarela dan berdaya saing di semua peringkat.
"Lapan gaya hidup yang digariskan dalam Program Rakan Muda sesuai untuk golongan berusia 15 hingga 25 tahun. Kementerian akan berusaha membantu menyalurkan peruntukan melalui Majlis Rakan Belia Felda," katanya pada majlis pelancaran Iktiraf Rakan Muda Felda Peringkat Kebangsaan di Dataran Felda Pemanis 1, di sini semalam.
Katanya, setiap persatuan belia di kawasan Felda akan menerima peruntukan bernilai RM5,000 bagi membantu menggerakkan program pembangunan belia di kawasan masing-masing. Lapan gaya hidup yang dilaksanakan dalam Program Rakan Muda ialah Rakan Muda Cinta Alam, Rakan Muda Masyarakat, Rakan Muda Inovasi, Rakan Muda Seni Budaya, Rakan Muda Kecergasan, Rakan Muda Wajadiri, Rakan Muda Wirausaha dan Rakan Muda Remaja Silver.
Monday, August 10, 2009
MAJLIS PEMYERAHAN CEK BANTUAN PROGRAM RAKAN MUDA SEKTOR KEMAJUAN TANAH DAN WILAYAH (FELDA) PERINGKAT NEGERI SEMBILAN
Tempat : Kolam Papa, Felda Serting Hilir 2
Anjuran : Jabatan Belia & Sukan Negeri Sembilan dengan kerjasama Majlis Belia Felda Negeri Sembilan
Selepas penyempurnaan penyerahan mock cek yang berjumlah RM 147,000 tersebut, program disambung dengan aktiviti "Mengoca Beramai-ramai" bersama Yang Berbahagia Dr Junaidi b Abd Wahab iaitu Setiausaha Politik kepada YB Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
PROGRAM SENAMROBIK PERDANA
Tarikh Program : 16 OGOS 2009Tempat : Dewan Serbaguna, Felda Lui Muda
Masa : 8.00 pagi
DATANGLAH BERAMAI- RAMAI KE PROGRAM INI
ANJURAN
PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA LUI MUDA
PERCUMA......
TIADA BAYARAN DIKENAKAN
SENAMAN MENGEKALKAN BADAN YANG SIHAT DAN MINDA YANG CERDAS...
MARILAH KITA MEMBUDAYAKAN SUKAN UNTUK KESIHATAN DIKALANGAN WARGA FELDA LUI MUDA.
KEPUTUSAN PERTANDINGAN BADMINTON TERTUTUP ANJURAN PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA LUI MUDA 2009
Johan : En Zamri Wahid & En Mohd Isman Rahman
N Johan : En Azmi Alias & En Johari Abdul Majid
Ketiga : En Amyzi Alias & En Yaacob
Keempat : En Arif Md Non & Khairil Azhar Zainal Darus
Kategori Beliawanis:
Johan : Pn Jamilah & Pn Nordawina Zainal Darus
N Johan : Cik Atikah Manap & Cik Norakilah Jalil
Ketiga : Pn Narimah Noh & Pn Norani Arif
Kategori Veteran:
Johan : En Faizul & En Talib Kayat
N Johan : En Jamal & En Leman
Ketiga : En Baha & En Salikin
TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA SEMUA PEMENANG...
JUMPA LAGI DI KEJOHANAN TAHUN HADAPAN..
KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP ANJURAN PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA LUI MUDA 2009
PENGENALAN
Kertas kerja ini disediakan adalah untuk merancang dan melaksanakan program Pertandingan Badminton Tertutup Persatuan Belia Felda Lui Muda. Program ini juga merupakan salah satu daripada agenda Persatuan Belia Felda Lui Muda dalam usaha untuk membantu belia-belia Felda Lui Muda lebih akif dalam sukan dan mengerat hubungan diantara ahli Persatuan Belia Felda Lui Muda disamping mendedahkan kepada mereka tentang kepentingan gaya hidup sihat dan dapat menjaga kesihatan.
OBJEKTIF
Melalui program yang dirancang oleh Persatuan Belia Felda Lui Muda ini mempunyai beberapa objektif dan misi yang tersendiri supaya ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Antara berikut beberapa objektif yang telah dikenalpasti :-
Memupuk semangat setiakawan dikalangan belia dalam perlaksanaan program ini.
Membina keyakinan diri dalam menyahut apa jua cabaran dan sebarang kemungkinan yang berlaku semasa program ini dilaksanakan.
Memupuk semangat bekerjasama diantara warga belia ketika melaksanakan aktiviti ini.
Mendedahkan kepada belia tentang cara memimpin dan menguruskan sesuatu aktiviti disamping dapat menimba pengalaman baru yang jarang sekali dirasa oleh masyarakat umum.
Bertanggungjawab merealisasikan aktiviti ini dikalangan generasi belia kerana ianya memberikan banyak manfaat dan faedah.
BUTIR-BUTIR PROGRAM
Nama Program : Program Pertandingan Badminton Tertutup Tahun 2009
Tarikh / Tempoh : 8 dan 9 OGOS 2009
Tempat : Dewan Serbaguna Felda Lui Muda
PENUTUP
Dengan adanya program seperti ini diharapkan semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang padu bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan objektif yang sebenar serta dapat menjaga nama baik belia. Jesteru, diharapkan agar segala objektif yang telah diatur dan nilai-nilai murni yang cuba diserapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
