LUI MUDA – “Ini bukan kejayaan sebenar saya, tetapi bermula daripada minat dan tidak berkira jika menghadapi kesukaran, saya boleh melaksanakan pekerjaan ini menjadi pembekal daging dan baka kambing boer kepada pelanggan,” kata penternak kambing berjaya, Noor Ismam A Rahman, 26, kepada Sinar Harian, dekat sini.
Ungkapan generasi kedua Felda itu jelas menunjukkan penternak tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri tidak boleh diterima dipakai kerana bukti kejayaan Noor Ismam dapat memadamkan ungkapan terbabit.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi ternakan kambing itu di tengah ladang kelapa sawit memperlihatkan kesungguhan anak muda ini sanggup berhenti kerja sebagai juruteknik sistem komputer di Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan bergelumang dengan kerjayanya sekarang.
“Selepas berhenti kerja pada 2008, saya mula menternak kambing bermula 30 ekor dahulu. Sebelum itu, saya hanya mempelajari cara dan kaedah menternak kambing dengan inisiatif sendiri.
“Kemudian, saya mendapatkan bantuan Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebanyak RM100,000 untuk menjalankan ternakan ini.
“Saya akui sukar bergelar penternak, tetapi selepas dua tahun setengah saya berjaya menghasilkan 150 ekor kambing,” katanya.
Noor Ismam berkata, sebelum mendapat peruntukan dan bantuan daripada sebarang pihak, dia mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM50,000 sebagai modal permulaan penternakannya.
Timbul minat kerana suka daging kambing
Noor Ismam mengakui timbul minat dan nekad menceburi dunia penternakan ini ketika bergelar juruteknik sistem komputer, di mana dia bersama rakan lain suka keenakan daging kambing.
“Sewaktu kami mengadakan jamuan dan barbeku, kami suka makan daging kambing, kemudian timbul keinginan saya menghasilkan daging kambing bermutu dan enak apabila dimasak.
“Sejak itu, saya mula membuat kaji selidik dan mempelajari cara terbaik dalam perniagaan dan ternakan. Di sini, saya menyediakan baka kepada penternak yang mahu baka kambing boer daripada saya,” katanya.
Noor Ismam berkata, setelah dua tahun setengah bergelumang dengan dunia ternakan kambing, dia puas kerana memperoleh pendapatan lumayan setiap bulan.
“Berbeza dahulu, sekarang saya dapat bergerak bebas dan memikirkan yang terbaik untuk masa depan,” katanya.
Guna sistem Pra-Intensif
“Untuk menternak dan menghasilkan kambing bermutu, kita perlu ada sistem terbaik. Di sini, saya menggunakan sistem Pra-Intensif, di mana bukan sepenuhnya fedlot,” katanya.
Selain itu, menurutnya, dia dapat menjimatkan kos untuk makanan ternakan.
“Kambing di sini akan dilepaskan sekali sehari untuk meragut rumput disediakan, selain makan dalam kandang sahaja.
“Saya menjual kambing pada harga rendah berbanding kambing sepenuhnya fedlot. Jika mahu kata berisiko kambing tidak sihat dan termakan racun itu biasa dalam dunia ternakan, tetapi sekiranya menggunakan sistem Pra-Intensif ini, kambing akan lebih banyak bergerak dan tidak duduk di dalam kandang sahaja. Dagingnya juga lebih bermutu,” katanya.
Harap belia jangan buang masa
Menjawab pertanyaan Sinar Harian mengenai permasalahan generasi kedua Felda dikatakan tidak terbela, Noor Ismam dengan tenang berkata, setiap kemahuan perlu ada jalan.
“Sebenarnya daripada keinginan kita, jika ada semangat, segalanya jadi mudah. Jangan merungut jika sebarang kerja dilakukan tidak menjadi, mungkin belum tiba masa kejayaan berkenaan.
“Saya boleh berikan tunjuk ajar sekiranya ada anak muda di sini dan seluruh Negeri Sembilan berminat menambah pendapatan mereka. Jangan memperlihatkan generasi kedua Felda tidak boleh berjaya dan hanya menunggu untuk disuapkan sahaja. Buktikan kepada dunia luar, kita boleh lakukan,” katanya.
kembali ke laman utama
~~~~
ReplyDeleteBermula dari tahun 2008..
ReplyDeleteAku ni sepupu dia.. dia anak pakNgah aku.. aku dah melabur hampir rm10k pada dia..
N ada sorg lagi sepupu dia juga melabur hampir 20k pada Isman ni..
Haram jadah ni.. 1 sen pun aku x dpt duit keuntungan..
Eloklah kau bercerita kononnya kau dah berjaya..
Kerana kau tipu aku.. sampai hari ni aku masa menanggung hutang bank..
Aku xkan halalkan hutang ko dgn aku..
Sampai akhirat pun aku akan tuntut..
Yg benar:
Imay sepupu yg kau dah tipu
0195684655
Byk sgt duit ko behenti juruteknik komputer ada rm50k... mana kau dpt?
ReplyDeleteKemas ayat ko Angah... Isman..
ReplyDelete“Sebenarnya daripada keinginan kita, jika ada semangat, segalanya jadi mudah. Jangan merungut jika sebarang kerja dilakukan tidak menjadi, mungkin belum tiba masa kejayaan berkenaan.
“Saya boleh berikan tunjuk ajar sekiranya ada anak muda di sini dan seluruh Negeri Sembilan berminat menambah pendapatan mereka. Jangan memperlihatkan generasi kedua Felda tidak boleh berjaya dan hanya menunggu untuk disuapkan sahaja. Buktikan kepada dunia luar, kita boleh lakukan,” katanya.