Tuesday, February 2, 2010

PETIKAN KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN 03/02/2010



Isu birokrasi 'bunuh' hayat peniaga


 
LUI MUDA – Generasi muda Lembaga Kemajuan tanah Persekutuan (Felda) menggesa supaya masalah birokrasi yang dilihat menjadi punca bantuan lambat diluluskan, dikaji semula bagi mengelakkan warga Felda sukar mengembangkan perniagaan.

Ada antara warga Felda mengadu sukar membuat permohonan di kawasan sendiri berikutan masalah birokrasi sehingga terpaksa memohon di tempat lain.

Pengusaha muda, Norhaini Mohd Arif, 27, berkata, walaupun mendapat bantuan perniagaan seperti Pinjaman Pasar Tani dari Felda Lui Muda, tetapi dia membuat permohonan di Pejabat Wilayah Felda Raja Alias.

“Memang saya mendapat bantuan perniagaan, tetapi saya bukan menetap di Felda Raja Alias, tetapi di Felda Lui Muda.

“Saya mengakui Felda Raja Alias selalu membantu meningkatkan perniagaan saya, sebaliknya sokongan daripada tempat tinggal saya sendiri kurang.

“Jika mahu betul-betul mahu mendapatkan bantuan perniagaan, kita terpaksa pergi berulang kali dan tidak boleh pergi sekali sahaja. Jika tidak, memang ia tidak akan diluluskan,” katanya.

Menurut Norhaini, dia rasa terkilan dan malu kerana terpaksa menagih simpati di kawasan lain.

“Kenalah tebalkan muka untuk berulang-alik ke Pejabat Wilayah Felda Raja Alias ini untuk mendapat kelulusan tersebut,” katanya.

Norhaini yang menjual kuih-kuih sejak dua tahun lepas berkata, dia menerima bantuan dalam bentuk khemah dan meja untuk memasarkan kuih-muihnya.


Berikutan proses yang lebih mudah, dia terus memohon daripada Pejabat Wilayah Felda Raja Alias untuk mengembangkan perniagaan.

“Saya akan buat permohonan bantuan daripada mereka lagi bagi mengembangkan perniagaan.

“Saya tidak mahu ber-niaga secara kecil-kecilan sahaja. Kalau sudah terlibat, saya mahu buat bersungguh-sung�guh,” katanya.

Norhaini juga tidak menolak kemungkinan ramai peniaga kecil tidak berminat untuk mengembangkan perniagaan disebabkan kesukaran mendapat kelulusan bantuan dalam masa terdekat.

kembali ke laman utama........

No comments:

Post a Comment

Welcome

KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP ANJURAN PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA LUI MUDA 2009

PENGENALAN

Kertas kerja ini disediakan adalah untuk merancang dan melaksanakan program Pertandingan Badminton Tertutup Persatuan Belia Felda Lui Muda. Program ini juga merupakan salah satu daripada agenda Persatuan Belia Felda Lui Muda dalam usaha untuk membantu belia-belia Felda Lui Muda lebih akif dalam sukan dan mengerat hubungan diantara ahli Persatuan Belia Felda Lui Muda disamping mendedahkan kepada mereka tentang kepentingan gaya hidup sihat dan dapat menjaga kesihatan.

OBJEKTIF

Melalui program yang dirancang oleh Persatuan Belia Felda Lui Muda ini mempunyai beberapa objektif dan misi yang tersendiri supaya ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Antara berikut beberapa objektif yang telah dikenalpasti :-

Memupuk semangat setiakawan dikalangan belia dalam perlaksanaan program ini.

Membina keyakinan diri dalam menyahut apa jua cabaran dan sebarang kemungkinan yang berlaku semasa program ini dilaksanakan.

Memupuk semangat bekerjasama diantara warga belia ketika melaksanakan aktiviti ini.

Mendedahkan kepada belia tentang cara memimpin dan menguruskan sesuatu aktiviti disamping dapat menimba pengalaman baru yang jarang sekali dirasa oleh masyarakat umum.

Bertanggungjawab merealisasikan aktiviti ini dikalangan generasi belia kerana ianya memberikan banyak manfaat dan faedah.

BUTIR-BUTIR PROGRAM

Nama Program : Program Pertandingan Badminton Tertutup Tahun 2009

Tarikh / Tempoh : 8 dan 9 OGOS 2009

Tempat : Dewan Serbaguna Felda Lui Muda

PENUTUP

Dengan adanya program seperti ini diharapkan semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang padu bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan objektif yang sebenar serta dapat menjaga nama baik belia. Jesteru, diharapkan agar segala objektif yang telah diatur dan nilai-nilai murni yang cuba diserapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.

KOMEN ANDA