Wednesday, February 10, 2010
Tuesday, February 2, 2010
MESYUARAT AGUNG PERSATUAN BELIA FELDA LUI MUDA (BELAMI) KALI 2/2010
Tarikh : 06 FEBRUARI 2010
Hari : SABTU
Masa : 8.00 MalaM
Tempat : Balai Raya, Felda Lui Muda
PETIKAN KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN 03/02/2010
LUI MUDA – Generasi muda Lembaga Kemajuan tanah Persekutuan (Felda) menggesa supaya masalah birokrasi yang dilihat menjadi punca bantuan lambat diluluskan, dikaji semula bagi mengelakkan warga Felda sukar mengembangkan perniagaan. Ada antara warga Felda mengadu sukar membuat permohonan di kawasan sendiri berikutan masalah birokrasi sehingga terpaksa memohon di tempat lain.
Pengusaha muda, Norhaini Mohd Arif, 27, berkata, walaupun mendapat bantuan perniagaan seperti Pinjaman Pasar Tani dari Felda Lui Muda, tetapi dia membuat permohonan di Pejabat Wilayah Felda Raja Alias.
“Memang saya mendapat bantuan perniagaan, tetapi saya bukan menetap di Felda Raja Alias, tetapi di Felda Lui Muda.
“Saya mengakui Felda Raja Alias selalu membantu meningkatkan perniagaan saya, sebaliknya sokongan daripada tempat tinggal saya sendiri kurang.
“Jika mahu betul-betul mahu mendapatkan bantuan perniagaan, kita terpaksa pergi berulang kali dan tidak boleh pergi sekali sahaja. Jika tidak, memang ia tidak akan diluluskan,” katanya.
Menurut Norhaini, dia rasa terkilan dan malu kerana terpaksa menagih simpati di kawasan lain.
“Kenalah tebalkan muka untuk berulang-alik ke Pejabat Wilayah Felda Raja Alias ini untuk mendapat kelulusan tersebut,” katanya.
Norhaini yang menjual kuih-kuih sejak dua tahun lepas berkata, dia menerima bantuan dalam bentuk khemah dan meja untuk memasarkan kuih-muihnya.
Monday, February 1, 2010
PETIKAN KERATAN AKHBAR SINAR HARIAN 31/1/2010
LUI MUDA – “Ini bukan kejayaan sebenar saya, tetapi bermula daripada minat dan tidak berkira jika menghadapi kesukaran, saya boleh melaksanakan pekerjaan ini menjadi pembekal daging dan baka kambing boer kepada pelanggan,” kata penternak kambing berjaya, Noor Ismam A Rahman, 26, kepada Sinar Harian, dekat sini. Ungkapan generasi kedua Felda itu jelas menunjukkan penternak tidak mampu berdiri di atas kaki sendiri tidak boleh diterima dipakai kerana bukti kejayaan Noor Ismam dapat memadamkan ungkapan terbabit.
Tinjauan Sinar Harian ke lokasi ternakan kambing itu di tengah ladang kelapa sawit memperlihatkan kesungguhan anak muda ini sanggup berhenti kerja sebagai juruteknik sistem komputer di Perbadanan Tabung Pinjaman Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) dan bergelumang dengan kerjayanya sekarang.
“Selepas berhenti kerja pada 2008, saya mula menternak kambing bermula 30 ekor dahulu. Sebelum itu, saya hanya mempelajari cara dan kaedah menternak kambing dengan inisiatif sendiri.
“Kemudian, saya mendapatkan bantuan Kementerian Belia dan Sukan serta Majlis Amanah Rakyat (Mara) sebanyak RM100,000 untuk menjalankan ternakan ini.
“Saya akui sukar bergelar penternak, tetapi selepas dua tahun setengah saya berjaya menghasilkan 150 ekor kambing,” katanya.
Noor Ismam berkata, sebelum mendapat peruntukan dan bantuan daripada sebarang pihak, dia mengeluarkan modal sendiri sebanyak RM50,000 sebagai modal permulaan penternakannya.
Friday, January 8, 2010
JAMUAN BBQ PERSATUAN BELIA FELDA LUI MUDA
Wednesday, December 9, 2009
Karnival Rakan Muda Felda sektor Tanah peringkat Wilayah Raja Alias

Friday, November 13, 2009
Belia Hari Ini, Pemimpin Di Hari Esok
Belia merupakan kelompok masyarakat yang penting. Ini kerana mereka adalah pencorak generasi dan masyarakat akan datang. Keadaan masyarakat akan datang bergantung pada keadaan dan pembinaan belia hari ini. Jika keadaan belia hari ini baik dan pembinaannya sempurna, maka besarlah kemungkinan masyarakat di masa akan datang akan juga menjadi baik dan begitulah sebaliknya.
Bahkan, sejarah menunjukkan bahawa belia bukan sahaja bermanfaat di hari muka tetapi juga berpotensi untuk memainkan peranan yang bermakna semasa umur belia dan muda.
Sejarah Islam banyak mengemukakan contoh-contoh belia yang memainkan peranan penting semasa umur belia lagi. Antara mereka ini ialah Ali b Abi Talib yang pada umur 10 tahun berani tidur di tempat tidur Rasulullah s.a.w untuk menipu orang kafir agar Rasulullah s.a.w dapat berhijrah, Usamah b Zaid yang pada umur 18 tahun dilantik untuk memimpin tentera Islam menentang tentera Rom, Abdullah b. Abbas yang menjadi tokoh dalam bidang tafsir pada usia muda, Imam Asy-Syafi`i yang menjadi tokoh Fiqh pada usia belia dan Muhammad Al-Fatih yang pada umur mudanya menawan Konstantinopel.
Al-Quran sendiri turut merakam kisah Ashabul Kahfi (Penghuni Gua), belia-belia yang dipuji oleh Allah taala dengan firmanNya
“Mereka itu adalah pemuda yang beriman pada Tuhan mereka dan Kami tambah pada mereka petunjuk.” (Al-Kahfi : 13)
Baca lagi........
Tuesday, November 3, 2009
NEGERI SEMBILAN PASTI BOLEH DALAM PERLAWANAN BOLA SEPAK PIALA MALAYSIA 2009
Kelantan vs NEGERI SEMBILAN. (7.11.2009) |
![]() YA ALLAH YA TUHANKU.. BERIKANLAH KEMENANGAN KEPADA TEAM KESAYANGAN NEGERI KAMI INI. SUDAH TERLALU LAMA KAMI MENANTI PIALA MALAYSIA INI KEMBALI KE NEGERI SEMBILAN NEGERI ADAT PERPATIH. AMINN... |
NEGERI SEMBILAN MENANG 3 - 1 |
Tuesday, October 20, 2009
SLOGAN TIADA ALASAN

Slogan TIADA ALASAN! merupakan slogan yang diperkenalkan bagi menggalakkan masyarakat Malaysia agar sentiasa mengamalkan gaya hidup yang cergas dan sihat sepanjang hayat. Pelbagai alasan yang sering kita dengar mengenai Tiadanya Ruang dan Tiadanya Peluang seseorang di dalam melakukan aktiviti – aktiviti kecergasan, sedangkan mereka mampu untuk melakukannya. Berteraskan konsep ‘Sukan Untuk Semua’, ‘Malaysia Cergas’ dan ‘Ke Arah Malaysia Cergas, Sihat dan Bersatu’, slogan ini bertujuan sebagai penyokong kepada konsep tersebut bagi melahirkan masyarakat Malaysia yang berbudaya sukan serta sentiasa mengamalkan aktiviti kecergasan di dalam kehidupan seharian mereka.
OBJEKTIF SLOGAN TIADA ALASAN!
- Mempromosikan amalan gaya hidup cergas dan sihat sepanjang masa di kalangan masyarakat Malaysia.
- Menggalakkan penerimaan dan pengamalan program kecergasan dan kesihatan sebagai salah satu budaya di dalam kehidupan seharian.
- Memberi ruang dan peluang kepada masyarakat untuk terlibat di dalam aktiviti sukan dan kecergasan.
- Meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepentingan melakukan aktiviti kecergasan.
- Memupuk semangat cintakan negara melalui aktiviti kecergasan agar menjadi rakyat yang cergas dan sihat.
- Meningkatkan tahap kecergasan, kesihatan dan kualiti kehidupan masyarakat Malaysia melalui aktiviti yang berteraskan kecergasan.
Oleh yang demikian, berkonsepkan penyertaan ramai dan penyertaan aktif masyarakat di dalam kegiatan sukan, rekreasi dan kecergasan adalah sangat diharapkan. Melalui slogan ini, ianya sedikit sebanyak akan dapat menyumbang kepada penglibatan masyarakat di dalam menghayati akan peri pentingnya mengamalkan gaya hidup cergas dan sihat.
Slogan ini perlu diberi perhatian yang serius oleh setiap lapisan masyarakat agar sentiasa mempunyai kesedaran yang tinggi mengenai aspek kecergasan. Memang tidak dapat dinafikan, dengan adanya rakyat yang cergas dan sihat dari segi mental dan fizikal akan mampu membangunkan negara dan seterusnya dapat mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara pada masa kini dan selamanya.
Slogan TIADA ALASAN! diharap dapat meningkatkan penglibatan masyarakat di dalam aktiviti – aktiviti sukan dan kecergasan yang seterusnya akan menjadi salah satu penyumbang kepada pencapaian Wawasan Negara untuk melahirkan Masyarakat Malaysia yang Cergas, Sihat dan Bersatu serta menuju Negara Cemerlang, Gemilang dan Terbilang.
KEJOHANAN BADMINTON TERTUTUP ANJURAN PERSATUAN BELIA (MBFM) FELDA LUI MUDA 2009
PENGENALAN
Kertas kerja ini disediakan adalah untuk merancang dan melaksanakan program Pertandingan Badminton Tertutup Persatuan Belia Felda Lui Muda. Program ini juga merupakan salah satu daripada agenda Persatuan Belia Felda Lui Muda dalam usaha untuk membantu belia-belia Felda Lui Muda lebih akif dalam sukan dan mengerat hubungan diantara ahli Persatuan Belia Felda Lui Muda disamping mendedahkan kepada mereka tentang kepentingan gaya hidup sihat dan dapat menjaga kesihatan.
OBJEKTIF
Melalui program yang dirancang oleh Persatuan Belia Felda Lui Muda ini mempunyai beberapa objektif dan misi yang tersendiri supaya ianya dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Antara berikut beberapa objektif yang telah dikenalpasti :-
Memupuk semangat setiakawan dikalangan belia dalam perlaksanaan program ini.
Membina keyakinan diri dalam menyahut apa jua cabaran dan sebarang kemungkinan yang berlaku semasa program ini dilaksanakan.
Memupuk semangat bekerjasama diantara warga belia ketika melaksanakan aktiviti ini.
Mendedahkan kepada belia tentang cara memimpin dan menguruskan sesuatu aktiviti disamping dapat menimba pengalaman baru yang jarang sekali dirasa oleh masyarakat umum.
Bertanggungjawab merealisasikan aktiviti ini dikalangan generasi belia kerana ianya memberikan banyak manfaat dan faedah.
BUTIR-BUTIR PROGRAM
Nama Program : Program Pertandingan Badminton Tertutup Tahun 2009
Tarikh / Tempoh : 8 dan 9 OGOS 2009
Tempat : Dewan Serbaguna Felda Lui Muda
PENUTUP
Dengan adanya program seperti ini diharapkan semua pihak yang terlibat dapat memberikan kerjasama dan komitmen yang padu bagi memastikan program ini dapat dilaksanakan dengan lancar tanpa ada sebarang kesulitan yang boleh menjejaskan objektif yang sebenar serta dapat menjaga nama baik belia. Jesteru, diharapkan agar segala objektif yang telah diatur dan nilai-nilai murni yang cuba diserapkan dalam program ini dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian.


.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
